S E L A M A T D A T A N G ! Enjoy dengan lagu ini? Teruskan mendengar. Sambil tu bolehlah baca entry-entry Bercerita log :)

Friday, December 28, 2012

Penghulu segala Hari

Assalamualaikum.
 Hari ni hari Jumaat yang terakhir bagi tahun 2012. Alhamdulillah Diyana masih boleh mencelikkan mata untuk melihat pelbagai ciptaan Allah di bumi ini.

Selepas sahaja kaum lelaki selesai menunaikan solat Jumaat, Diyana terima 2 message dari kawan Diyana. Diorang bagi tahu yang ayah kawan kitorang meninggal dunia pagi ni. Innalillah. Kelmarin kawan satu sekolah Diyana meninggal dan hari ni seorang lagi kaum lelaki telah meninggalkan kita di bumi pinjaman Allah ini. Subhanallah. Dunia akhir zaman.

Salah satu petanda kecil Kiamat ialah lelaki semakin berkurangan. Sekarang pun kita dah nampak bilangan kaum lelaki jauh beza dibandingkan dengan bilangan kaum perempuan. Di sekolah, ramai guru perempuan. Dalam kelas, majoritinya pelajar perempuan.

Bila Diyana fikirkan, orang yang sakit lebih tenang berbanding kita yang hidup sihat ni. Yelah, orang sakit tahu bahawa dia akan meninggal dan mungkin mereka yang sakit sempat bertaubat kepada Allah dan memohon ampun kepada semua orang. Tapi kita yang sihat ini tak tahu bila nyawa kita akan di tarik. Sekelip mata je benda tu boleh berlaku. Mungkin kah minggu depan, esok atau mungkin sebentar nanti? Ya Allah, betapa takutnya diri ku memikirkan semua itu. Permudahkan lah aku untuk menjadi seorang anak yang solehah dan hamba yang taat pada perintah Mu.

Allah always.

No comments:

Post a Comment