S E L A M A T D A T A N G ! Enjoy dengan lagu ini? Teruskan mendengar. Sambil tu bolehlah baca entry-entry Bercerita log :)

Monday, January 07, 2013

SORRY MERAPU

Assalamualaikum.

Entry kali ni Diyana nak merapu sikit. So, sesiapa yang tak suka tutup je blog ni. Nak merapu dekat pesbuk tak boleh. Blog je yang ada.

Kepada perempuan-perempuan yang suka menggedik dengan bopreng orang, tolonglah hentikan! Nak rapat dengan lelaki pun carilah yang single. Tak kiralah kau(perempuan) single atau tengah couple. 

Untuk lelaki yang tengah couple pulak tak perlulah menggedik, menggatal dan sebagainya dengan perempuan lain. Nak menggedik silalah me-single-kan diri anda.

THANK YOU x.x

Saturday, January 05, 2013

Pulang ke Sekolah

Assalamualaikum :)

Okay firstly, Diyana mintak maaf sebab tak tunai kan dua janji. 1. Entry pasal putera idaman takde, private lah. Tak penting pun. 2. Ni musim sekolah kan? Tapi Diyana blogging blogging jugak. Hehehe, ada masa sikit. Takpe kan? Korang baca jugak. xD

1st day sekolah. Sampai je sekolah, Diyana terus cari tandas. Betulkan tudung yang tak berapa nak betul tu. Diyana sangat tak berpuas hati dengan tudung tahun ni. Hehh. Masa perhimpunan, memang best sangat. Gelak sini, gelak sana. Masing-masing excited, biasa lah tu. 1st day lah kata kan. Elok tengah borak dengan kawan, seorang jejaka tampan lalu depan barisan form 4 perempuan. Eh, handsome gila! #Budak baru. Tapi tak tahu dia form berapa, kelas apa. Apa-apa pun, awak handsome sangat. Sekian terima kasih.

Tengok tu. Hahaha. Tak pernah lipat tudung sebegitu rupa. Sangat kenenekan.

Jumaat lepas kelas 5 Sains baru je dapat buku teks. Sebenarnya 4 Sains bukan 5 Sains pun, saja berangan jadi senior. Tapi disebabkan masa tak cukup, kitorang sempat ambil 6 buah buku pinjaman sahaja. Yeyy! Saya tak marah pun, saya hanya suka. Hanya suka! Tersangatlah happy :D Lebih baik dapat buku sikit-sikit daripada dapat semua sekali gus. Takde lah berat beg pink Diyana. Dengan senang hati dan sesuka hatinya Diyana pulang dari sekolah haritu.

Hari ni Diyana lekat nama dekat buku tulis dan balut buku-buku Diyana supaya kelihatan comel, cantik dan kemas :) Sangat penat. Lengoh pinggang ni. Mana tak nya, duduk berjam-jam atas lantai. Sibuk menyolek buku-buku. Kan dah sakit, padan muka. Tapi takpe, Diyana sangat berpuas hati.

Cop cop, gunting, lekat dekat buku tulis :)

Okay, buku tulis Diyana comel. Bangga sekejap xD

Kan, sikit je buku yang baru dapat.

Minggu depan Diyana nak tukar kelas. Nak mohon je baru. Harap dapat lah tukar kelas. Suka, gembira duduk kelas 4 Sains. Bersyukur sangat dapat masuk kelas tu. Tapi Diyana tak minat. Buat apa buang masa dekat benda yang kita tak sukakan? Diyana nak tukar ke kelas 4 ST. Dan ambik aliran akaun. Ambik akaun sebab dah belajar sikit masa kelas perdagangan tahun lepas. Tahu lah apa yang nak dipelajari. InsyaAllah boleh masuk otak. Kene study lebih lah dua tahun ni :)

Doakan Diyana berjaya dengan aliran akaun.

Saturday, December 29, 2012

No. 5

Assalamualaikum :)

 Hai hai. Awak awak yang selalu stalk blog orang tu mungkin ada baca entry Kak Lyssa. Yang titlenya 12 Jenis Perempuan Single. Kalau belum baca korang boleh bukak dekat sini --> http://www.lyssasecret.com/

Hajat Diyana dalam entry kali ini bukan untuk meniru atau mencuri entry Kak Lyssa. Entry kali ini adalah jawapan bagi soalan Kak Lyssa.

Soalan Kak Lyssa :-
So , bagi korang yang single tu , korang dapat kategori yang mana ?

Jawapan Diyana :-


5. Bebanan Kahwin
Seumur hidupnya, dia memuaskan keinginan dirinya untuk meraih kepuasan, sama ada dalam karier, pergaulan, mahupun pencapaian lainnya. Ketika akhirnya mereka berasa sudah sampai waktunya mencari calon suami, mereka akan menghentikan sahaja segala aktiviti yang menjadi keutamaannya.

Haa, itu lah kategori Diyana. Kalau single ye. Hehehe. Memang Diyana niat nak kahwin lambat pun. Cehh, cakap pasal kahwin pulak xD Sebab. Nak tahu sebab apa? Baca sama-sama jom.

1. Nak belajar sampai dapat Ijazah Sarjana. Paling rendah lah tu. InsyaAllah. Sampai dapat PHD pun boleh.
2. Dapat kerja yang stabil, bergembira dengan gaji sendiri.
3. Ada kereta sendiri, rumah sendiri, sebuah bilik khas untuk pakaian Diyana sendiri.

Then, barulah main jatuh-jatuh cinta dengan putera idaman. Tapi tak nak lah sampai jadi anak dara tua pulak. No no no no no! 

Paling tua pun 28 :) Tua dah tu :/

Ciri putera idaman? Nak tahu apa ciri-cirinya? Entry lepas ni je lah ye. Hehehe. Nantikan entry seterusnya, tau tau <3