S E L A M A T D A T A N G ! Enjoy dengan lagu ini? Teruskan mendengar. Sambil tu bolehlah baca entry-entry Bercerita log :)

Saturday, December 29, 2012

No. 5

Assalamualaikum :)

 Hai hai. Awak awak yang selalu stalk blog orang tu mungkin ada baca entry Kak Lyssa. Yang titlenya 12 Jenis Perempuan Single. Kalau belum baca korang boleh bukak dekat sini --> http://www.lyssasecret.com/

Hajat Diyana dalam entry kali ini bukan untuk meniru atau mencuri entry Kak Lyssa. Entry kali ini adalah jawapan bagi soalan Kak Lyssa.

Soalan Kak Lyssa :-
So , bagi korang yang single tu , korang dapat kategori yang mana ?

Jawapan Diyana :-


5. Bebanan Kahwin
Seumur hidupnya, dia memuaskan keinginan dirinya untuk meraih kepuasan, sama ada dalam karier, pergaulan, mahupun pencapaian lainnya. Ketika akhirnya mereka berasa sudah sampai waktunya mencari calon suami, mereka akan menghentikan sahaja segala aktiviti yang menjadi keutamaannya.

Haa, itu lah kategori Diyana. Kalau single ye. Hehehe. Memang Diyana niat nak kahwin lambat pun. Cehh, cakap pasal kahwin pulak xD Sebab. Nak tahu sebab apa? Baca sama-sama jom.

1. Nak belajar sampai dapat Ijazah Sarjana. Paling rendah lah tu. InsyaAllah. Sampai dapat PHD pun boleh.
2. Dapat kerja yang stabil, bergembira dengan gaji sendiri.
3. Ada kereta sendiri, rumah sendiri, sebuah bilik khas untuk pakaian Diyana sendiri.

Then, barulah main jatuh-jatuh cinta dengan putera idaman. Tapi tak nak lah sampai jadi anak dara tua pulak. No no no no no! 

Paling tua pun 28 :) Tua dah tu :/

Ciri putera idaman? Nak tahu apa ciri-cirinya? Entry lepas ni je lah ye. Hehehe. Nantikan entry seterusnya, tau tau <3

Friday, December 28, 2012

4 SAINS

Assalamualaikum.
 Lepas ziarah keluarga arwah tadi, Diyana melencong pergi sekolah sekejap. Alang-alang dah dekat dengan sekolah :)

Panas sangat petang tadi. Mula lah berminyak muka ni. Melekit pulak tu sebab baru nangis, kesian tengok family arwah. Masa nangis tu kalau air mata je yang mengalir takpe jugak, ni mucus pun join sekali --' Beria Diyana nangis kan? Tahu orang lain pelik tengok Diyana. Bukan apa, Diyana risau macam mana pulak dengan diri sendiri, keluarga sendiri. Hmm. Jalan punya jalan, tekak pun semakin kering, sangat dahagakan air. Nak beli air, duit pun ada RM 0.20 je. Okey, cukup untuk beli aiskrim pop. Lagi pun dah lama tak makan aiskrim pop pop ni xD

Lepas dah gigit-gigit aiskrim pop tu, kitorang pun panjat bukit. Maklum lah, sekolah saya terletak nun jauh di atas bukit sana. Wuuuu, letih bangat. Sampai depan pagar, Diyana pun hembuskan nafas lega. Yeyy yeyy dah sampai. Masa Diyana mendongak kan kepala dekat papan kenyataan, nama first yang Diyana cari nak tahu siapa? Siapa siapa? Mesti lah nama sendiri. Oh oh, tak percayanyaaaaa. Diyana dapat kelas 4 Sains. Happy memang lah happy, tapiiiiiiiii..........

1. Betul ke benda ni. Cikgu silap ke?
2. Aku seorang je budak yang dapat 4A dalam kelas ni. Orang lain semuanya pandai-pandai.
3. Boleh ke aku ambik aliran sains? Bukan ke aku nak akaun?

Macam-macam yang Diyana fikir. Penat memikirkan pasal tu, mata Diyana pun merayap tengok senarai nama yang masuk kelas 4ST, 4LK, 4EA, 4KE1 and 4KE2. Tapi tak ingat semua pun. Hahaha. Actually Diyana tak setuju kelas KE ada dua kelas. Buat lah dua kelas EA macam selalu. Teruk sangat ke batch 97? Okay, forget about it. Cikgu tahu apa yang bagus untuk pelajar dia.

Lebih kurang 20 minit jugak lah kitorang tercongok dekat situ. Masa kitorang tercongok tu, ada lah 2 orang budak lelaki datang nak tengok diorang masuk kelas apa. Tapi diorang datang sekejap je, pastu blah. Yang kitorang ni, bertahun lama! Haha. Nasib diorang datang, kalau tak rasanya lama lagi kitorang mencongokkan diri dekat situ.


Confused eden memikirkan nak ambik aliran apa. Sains ke akaun? 'Mana senang ambik lah.' Tapi masalah nya dua-dua susah. Mana ada yang senang Cik Diyana oii.

Penghulu segala Hari

Assalamualaikum.
 Hari ni hari Jumaat yang terakhir bagi tahun 2012. Alhamdulillah Diyana masih boleh mencelikkan mata untuk melihat pelbagai ciptaan Allah di bumi ini.

Selepas sahaja kaum lelaki selesai menunaikan solat Jumaat, Diyana terima 2 message dari kawan Diyana. Diorang bagi tahu yang ayah kawan kitorang meninggal dunia pagi ni. Innalillah. Kelmarin kawan satu sekolah Diyana meninggal dan hari ni seorang lagi kaum lelaki telah meninggalkan kita di bumi pinjaman Allah ini. Subhanallah. Dunia akhir zaman.

Salah satu petanda kecil Kiamat ialah lelaki semakin berkurangan. Sekarang pun kita dah nampak bilangan kaum lelaki jauh beza dibandingkan dengan bilangan kaum perempuan. Di sekolah, ramai guru perempuan. Dalam kelas, majoritinya pelajar perempuan.

Bila Diyana fikirkan, orang yang sakit lebih tenang berbanding kita yang hidup sihat ni. Yelah, orang sakit tahu bahawa dia akan meninggal dan mungkin mereka yang sakit sempat bertaubat kepada Allah dan memohon ampun kepada semua orang. Tapi kita yang sihat ini tak tahu bila nyawa kita akan di tarik. Sekelip mata je benda tu boleh berlaku. Mungkin kah minggu depan, esok atau mungkin sebentar nanti? Ya Allah, betapa takutnya diri ku memikirkan semua itu. Permudahkan lah aku untuk menjadi seorang anak yang solehah dan hamba yang taat pada perintah Mu.

Allah always.