Hari tu Diyana ada bagitahu Diyana duduk KL kan cuti ni. Haa, lagi seminggu Diyana nak balik, tahu azrul cakap apa? Dia kena pergi motivasi 2 minggu. Alaaaaaa, baru ingat balik Ipoh nanti nak jumpa dia. Pergi motivasi pulak dah. K takpe, untuk kebaikan dia jugak. Masa dia dekat sana, kitorang susah nak contact. Memang rindu tahap gaban lah kan. Hmm kalau dia pindah KV habis lah, macam tu lah agak nya. Susah nak contact, rindu rindu lah jawab nya.
Hari Sabtu dia balik, tapi masa tu Diyana dekat Pulau Pinang. Diyana dah cerita kan? Then kitorang plan nak keluar hari Isnin. Yeyyy! Kita nak jumpa Azrul. Kitorang jumpa dekat Mydin Meru dalam pukul 3.
Eh, itu sayang saya lah. Yelah sayang saya! Yang berbaju biru tu. Wahhh, rindu nya dekat Azrul. Akhirnya dapat jugak tengok muka dia. Mula-mula jumpa, agak kekok sikit. Hahaha. Malu lah kononnya. Macam yang dah lama Azrul plan, kalau jumpa nak karaoke sama-sama. Azrul lah yang plan. Diyana tak nak pun sebenarnya. Malu! Tapi dia dah ajak, Diyana pun okey je lah. K, masa karaoke dia yang bayar. Emm, terdiam jugak Diyana. Tak biasa orang bayarkan untuk Diyana. Tapi kalau Diyana yang belanja orang, tu takpe. Tu pun tengok keadaan, kalau dompet tengah tebal semua orang Diyana belanja. Amboiii, macam banyak je duit Diyana kan? Boros!
Dalam karaoke box tu, mula-mula Azrul nyanyi dulu. Mestilah dia dulu kan. Hmm dia nyanyi lagu apatah tajuk nya, Diyana tak ingat. Hee. Then, Diyana pulak pilih lagu. Diyana pilih lagu duet. Baru romantik kan? Tajuk lagu tu, Cinta Antara Kita-Duta. Best sangat nyanyi sama-sama dengan dia. Banyak jugak lah lagu yang kitorang nyanyi. My Heart Will Go On pun ada.
Tinn tinnn. Habis dah masa nyanyi-nyanyi. Azrul cakap dia nak solat kejap. Okey, Diyana pun turun food court. Jalan sini sana. Call Fahani, dia tengah busy layan saudara. Call Linda, dia baru bangun tidur. Tak nak kacau lama-lama. Pastu baru-baru ni chat dengan Husna, dia cakap dia nampak Diyana dekat food court. Alaaa, macam mana lah Diyana boleh tak perasan -.-
BOSAN
Lepas Azrul habis solat kitorang pergi main bowling pulak. Kali ni Diyana pulak yang bayar. Hehehe, kira 0-0 lah. Tahu tak, Diyana ternganga tengok abang cashier tu. Takde lah handsome sangat, tapi nampak machooo lah. Macam lelaki sejati gitu. Ngehh ngehhh. Disebabkan sifat kelakian dia terserlah, Diyana pun jadi menggelabah lah. Kelam kabut sikit. Hahaha. Masa nak ambik kasut pulak, dia suruh tulis nama. Alahai, tulisan kecik gila, kedut-kedut pulak tu. Haha, dah lama tak menulis. Lagipun sejuk waktu tu.
Kitorang dapat first line. Sebelah ada pasangan suami isteri and seorang anak. Pasangan tu nampak macam selalu main bowling. Hebat sangat diorang tu. Nampak sweet. Kitorang pun sweet jugak. Hehehe. Hmm nama Diyana first, sepatutnya Diyana main dulu. Tapi Diyana malu, so Azrul lah yang main dulu. Hehe, main tuka tuka nama pulak x.x Azrul strike-sekali, spare-sekali. Diyana, longkang berkali-kali. Hahaha. And macam yang korang dah tahu, Diyana lah yang kalah kan. Yeayy, Azrul the winner!
Azrul snap senyap-senyap :)
Hahaha. Diyana snpa senyap-senyap jugak. Tapi tak menjadi :( Azrul lah ni, gerak-gerak.
Masa nak keluar dari tempat bowling, tiba-tiba Diyana nampak seorang lelaki ni. Macam kenal. Diyana pun perhati betul-betul. K suami saudara saya lah, Ashu. Haha, abang Taufik ajak kitorang duduk, tapi Azrul lari. Diyana pun salam-salam dengan diorang. Ashu cakap, tangkap gambar bagi makteh/mak Diyana je. Alamakkk, tidak tidak! Hahaha. Pastu sempat pulak Kak Ira cakap dekat Azrul "Jaga Yana elok-elok." Alahaii --'
Diyana dengan Azrul pun turun. Hmm nak balik dah. Sekejap sangat jumpa nyaaa. Sebelum balik tu kitorang lepak kejap dekat Nasi Kandar. Agak bosan masa tu sebab tak buat apa-apa pun. Macam biasa Diyana pun bukak lagu Like This-Wonder Girl. Dalam 15 minit kemudian, abang Diyana sampai. Hmm, tak nak byebye lagi sebenar nya. Tapi nanti abang nampak pulak. Okey, bye Azrul.
Amboii, tengok dia posing. Gambar candid dia buang. Baru ingat nak simpan gambar candid dia.
Best dapat jumpa Azrul. Korang pun tahu macam mana perasaan bila jumpa boyfriend/girlfriend yang dah lama tak jumpa kan? :) Hehehe.
No comments:
Post a Comment