S E L A M A T D A T A N G ! Enjoy dengan lagu ini? Teruskan mendengar. Sambil tu bolehlah baca entry-entry Bercerita log :)

Saturday, December 29, 2012

No. 5

Assalamualaikum :)

 Hai hai. Awak awak yang selalu stalk blog orang tu mungkin ada baca entry Kak Lyssa. Yang titlenya 12 Jenis Perempuan Single. Kalau belum baca korang boleh bukak dekat sini --> http://www.lyssasecret.com/

Hajat Diyana dalam entry kali ini bukan untuk meniru atau mencuri entry Kak Lyssa. Entry kali ini adalah jawapan bagi soalan Kak Lyssa.

Soalan Kak Lyssa :-
So , bagi korang yang single tu , korang dapat kategori yang mana ?

Jawapan Diyana :-


5. Bebanan Kahwin
Seumur hidupnya, dia memuaskan keinginan dirinya untuk meraih kepuasan, sama ada dalam karier, pergaulan, mahupun pencapaian lainnya. Ketika akhirnya mereka berasa sudah sampai waktunya mencari calon suami, mereka akan menghentikan sahaja segala aktiviti yang menjadi keutamaannya.

Haa, itu lah kategori Diyana. Kalau single ye. Hehehe. Memang Diyana niat nak kahwin lambat pun. Cehh, cakap pasal kahwin pulak xD Sebab. Nak tahu sebab apa? Baca sama-sama jom.

1. Nak belajar sampai dapat Ijazah Sarjana. Paling rendah lah tu. InsyaAllah. Sampai dapat PHD pun boleh.
2. Dapat kerja yang stabil, bergembira dengan gaji sendiri.
3. Ada kereta sendiri, rumah sendiri, sebuah bilik khas untuk pakaian Diyana sendiri.

Then, barulah main jatuh-jatuh cinta dengan putera idaman. Tapi tak nak lah sampai jadi anak dara tua pulak. No no no no no! 

Paling tua pun 28 :) Tua dah tu :/

Ciri putera idaman? Nak tahu apa ciri-cirinya? Entry lepas ni je lah ye. Hehehe. Nantikan entry seterusnya, tau tau <3

Friday, December 28, 2012

4 SAINS

Assalamualaikum.
 Lepas ziarah keluarga arwah tadi, Diyana melencong pergi sekolah sekejap. Alang-alang dah dekat dengan sekolah :)

Panas sangat petang tadi. Mula lah berminyak muka ni. Melekit pulak tu sebab baru nangis, kesian tengok family arwah. Masa nangis tu kalau air mata je yang mengalir takpe jugak, ni mucus pun join sekali --' Beria Diyana nangis kan? Tahu orang lain pelik tengok Diyana. Bukan apa, Diyana risau macam mana pulak dengan diri sendiri, keluarga sendiri. Hmm. Jalan punya jalan, tekak pun semakin kering, sangat dahagakan air. Nak beli air, duit pun ada RM 0.20 je. Okey, cukup untuk beli aiskrim pop. Lagi pun dah lama tak makan aiskrim pop pop ni xD

Lepas dah gigit-gigit aiskrim pop tu, kitorang pun panjat bukit. Maklum lah, sekolah saya terletak nun jauh di atas bukit sana. Wuuuu, letih bangat. Sampai depan pagar, Diyana pun hembuskan nafas lega. Yeyy yeyy dah sampai. Masa Diyana mendongak kan kepala dekat papan kenyataan, nama first yang Diyana cari nak tahu siapa? Siapa siapa? Mesti lah nama sendiri. Oh oh, tak percayanyaaaaa. Diyana dapat kelas 4 Sains. Happy memang lah happy, tapiiiiiiiii..........

1. Betul ke benda ni. Cikgu silap ke?
2. Aku seorang je budak yang dapat 4A dalam kelas ni. Orang lain semuanya pandai-pandai.
3. Boleh ke aku ambik aliran sains? Bukan ke aku nak akaun?

Macam-macam yang Diyana fikir. Penat memikirkan pasal tu, mata Diyana pun merayap tengok senarai nama yang masuk kelas 4ST, 4LK, 4EA, 4KE1 and 4KE2. Tapi tak ingat semua pun. Hahaha. Actually Diyana tak setuju kelas KE ada dua kelas. Buat lah dua kelas EA macam selalu. Teruk sangat ke batch 97? Okay, forget about it. Cikgu tahu apa yang bagus untuk pelajar dia.

Lebih kurang 20 minit jugak lah kitorang tercongok dekat situ. Masa kitorang tercongok tu, ada lah 2 orang budak lelaki datang nak tengok diorang masuk kelas apa. Tapi diorang datang sekejap je, pastu blah. Yang kitorang ni, bertahun lama! Haha. Nasib diorang datang, kalau tak rasanya lama lagi kitorang mencongokkan diri dekat situ.


Confused eden memikirkan nak ambik aliran apa. Sains ke akaun? 'Mana senang ambik lah.' Tapi masalah nya dua-dua susah. Mana ada yang senang Cik Diyana oii.

Penghulu segala Hari

Assalamualaikum.
 Hari ni hari Jumaat yang terakhir bagi tahun 2012. Alhamdulillah Diyana masih boleh mencelikkan mata untuk melihat pelbagai ciptaan Allah di bumi ini.

Selepas sahaja kaum lelaki selesai menunaikan solat Jumaat, Diyana terima 2 message dari kawan Diyana. Diorang bagi tahu yang ayah kawan kitorang meninggal dunia pagi ni. Innalillah. Kelmarin kawan satu sekolah Diyana meninggal dan hari ni seorang lagi kaum lelaki telah meninggalkan kita di bumi pinjaman Allah ini. Subhanallah. Dunia akhir zaman.

Salah satu petanda kecil Kiamat ialah lelaki semakin berkurangan. Sekarang pun kita dah nampak bilangan kaum lelaki jauh beza dibandingkan dengan bilangan kaum perempuan. Di sekolah, ramai guru perempuan. Dalam kelas, majoritinya pelajar perempuan.

Bila Diyana fikirkan, orang yang sakit lebih tenang berbanding kita yang hidup sihat ni. Yelah, orang sakit tahu bahawa dia akan meninggal dan mungkin mereka yang sakit sempat bertaubat kepada Allah dan memohon ampun kepada semua orang. Tapi kita yang sihat ini tak tahu bila nyawa kita akan di tarik. Sekelip mata je benda tu boleh berlaku. Mungkin kah minggu depan, esok atau mungkin sebentar nanti? Ya Allah, betapa takutnya diri ku memikirkan semua itu. Permudahkan lah aku untuk menjadi seorang anak yang solehah dan hamba yang taat pada perintah Mu.

Allah always.

Thursday, December 27, 2012

Gagap

Assalamualaikum.
 Hai hai. Nak tahu tak? Tadi, baru je tadi, mak Azrul call Diyana! Memang tak percaya mak dia boleh cakap dengan Diyana. Mula-mula Diyana happy jugak, tapi lama-lama Diyana mulalah menggelabah tak tentu pasal. Sampai sekarang masih lagi dupdapdupdap and menggeletar. Azrul punya kerja lah ni. Mungkin. Rasa nak pengsan tahu x.x

Elok Diyana tengah stalk blog and facebook orang, tiba-tiba ada panggilan 'Azrul's Mum'. Diyana angkat je lah sebab kadang-kadang Azrul pun call Diyana guna number tu. Bila angkat Diyana dengar suara perempuan. >.< Okey, ini mak dia. 'Steady yana, relax sudah.' Hahaha. Tapi akhirnya, menggeletar jugak suara Diyana. Tak boleh tahan. Mak dia nak tanya pasal permohonan ke KV or teknik je. Tu yang agak menggelabah tu. And again mak dia call Diyana. Sama macam mula-mula, Diyana tetap menggelabah. Hmm. Lagi menggelabah daripada sebelumnya. Sampai mak dia tegur 'Janganlah takut.' Pastu mak dia gelak. Malunyaaaa! Kenapa bukan Azrul je yang cakap?

One big happy family :)

Comel je diorang kan?

Bila difikir-fikirkan balik, memang lawak. Hahaha, apa-apa je Diyana ni. Memalukan! Maaflah makcik, saya tak biasa :3

Wednesday, December 26, 2012

After two weeks

Assalamualaikum.
 Hari tu Diyana ada bagitahu Diyana duduk KL kan cuti ni. Haa, lagi seminggu Diyana nak balik, tahu azrul cakap apa? Dia kena pergi motivasi 2 minggu. Alaaaaaa, baru ingat balik Ipoh nanti nak jumpa dia. Pergi motivasi pulak dah. K takpe, untuk kebaikan dia jugak. Masa dia dekat sana, kitorang susah nak contact. Memang rindu tahap gaban lah kan. Hmm kalau dia pindah KV habis lah, macam tu lah agak nya. Susah nak contact, rindu rindu lah jawab nya.

Hari Sabtu dia balik, tapi masa tu Diyana dekat Pulau Pinang. Diyana dah cerita kan? Then kitorang plan nak keluar hari Isnin. Yeyyy! Kita nak jumpa Azrul. Kitorang jumpa dekat Mydin Meru dalam pukul 3.

Eh, itu sayang saya lah. Yelah sayang saya! Yang berbaju biru tu. Wahhh, rindu nya dekat Azrul. Akhirnya dapat jugak tengok muka dia. Mula-mula jumpa, agak kekok sikit. Hahaha. Malu lah kononnya. Macam yang dah lama Azrul plan, kalau jumpa nak karaoke sama-sama. Azrul lah yang plan. Diyana tak nak pun sebenarnya. Malu! Tapi dia dah ajak, Diyana pun okey je lah. K, masa karaoke dia yang bayar. Emm, terdiam jugak Diyana. Tak biasa orang bayarkan untuk Diyana. Tapi kalau Diyana yang belanja orang, tu takpe. Tu pun tengok keadaan, kalau dompet tengah tebal semua orang Diyana belanja. Amboiii, macam banyak je duit Diyana kan? Boros!

Dalam karaoke box tu, mula-mula Azrul nyanyi dulu. Mestilah dia dulu kan. Hmm dia nyanyi lagu apatah tajuk nya, Diyana tak ingat. Hee. Then, Diyana pulak pilih lagu. Diyana pilih lagu duet. Baru romantik kan? Tajuk lagu tu, Cinta Antara Kita-Duta. Best sangat nyanyi sama-sama dengan dia. Banyak jugak lah lagu yang kitorang nyanyi. My Heart Will Go On pun ada.

Tinn tinnn. Habis dah masa nyanyi-nyanyi. Azrul cakap dia nak solat kejap. Okey, Diyana pun turun food court. Jalan sini sana. Call Fahani, dia tengah busy layan saudara. Call Linda, dia baru bangun tidur. Tak nak kacau lama-lama. Pastu baru-baru ni chat dengan Husna, dia cakap dia nampak Diyana dekat food court. Alaaa, macam mana lah Diyana boleh tak perasan -.-

BOSAN

Lepas Azrul habis solat kitorang pergi main bowling pulak. Kali ni Diyana pulak yang bayar. Hehehe, kira 0-0 lah. Tahu tak, Diyana ternganga tengok abang cashier tu. Takde lah handsome sangat, tapi nampak machooo lah. Macam lelaki sejati gitu. Ngehh ngehhh. Disebabkan sifat kelakian dia terserlah, Diyana pun jadi menggelabah lah. Kelam kabut sikit. Hahaha. Masa nak ambik kasut pulak, dia suruh tulis nama. Alahai, tulisan kecik gila, kedut-kedut pulak tu. Haha, dah lama tak menulis. Lagipun sejuk waktu tu.

Kitorang dapat first line. Sebelah ada pasangan suami isteri and seorang anak. Pasangan tu nampak macam selalu main bowling. Hebat sangat diorang tu. Nampak sweet. Kitorang pun sweet jugak. Hehehe. Hmm nama Diyana first, sepatutnya Diyana main dulu. Tapi Diyana malu, so Azrul lah yang main dulu. Hehe, main tuka tuka nama pulak x.x Azrul strike-sekali, spare-sekali. Diyana, longkang berkali-kali. Hahaha. And macam yang korang dah tahu, Diyana lah yang kalah kan. Yeayy, Azrul the winner!

Azrul snap senyap-senyap :)

Hahaha. Diyana snpa senyap-senyap jugak. Tapi tak menjadi :( Azrul lah ni, gerak-gerak.

Masa nak keluar dari tempat bowling, tiba-tiba Diyana nampak seorang lelaki ni. Macam kenal. Diyana pun perhati betul-betul. K suami saudara saya lah, Ashu. Haha, abang Taufik ajak kitorang duduk, tapi Azrul lari. Diyana pun salam-salam dengan diorang. Ashu cakap, tangkap gambar bagi makteh/mak Diyana je. Alamakkk, tidak tidak! Hahaha. Pastu sempat pulak Kak Ira cakap dekat Azrul "Jaga Yana elok-elok." Alahaii --'

Diyana dengan Azrul pun turun. Hmm nak balik dah. Sekejap sangat jumpa nyaaa. Sebelum balik tu kitorang lepak kejap dekat Nasi Kandar. Agak bosan masa tu sebab tak buat apa-apa pun. Macam biasa Diyana pun bukak lagu Like This-Wonder Girl. Dalam 15 minit kemudian, abang Diyana sampai. Hmm, tak nak byebye lagi sebenar nya. Tapi nanti abang nampak pulak. Okey, bye Azrul.

Amboii, tengok dia posing. Gambar candid dia buang. Baru ingat nak simpan gambar candid dia.

Best dapat jumpa Azrul. Korang pun tahu macam mana perasaan bila jumpa boyfriend/girlfriend yang dah lama tak jumpa kan? :) Hehehe.

Boleh ke sampai Atas?

Assalamualaikum.
 221212-Sabtu Diyana pergi jalan-jalan dekat Pulau Pinang. Best sangat sebab dah lama tak jalan-jalan dengan family memandangkan setiap kali cuti je parents busy dengan study :/

Mula-mula sampai, family Diyana lalu dekat atas jambatan Pulau Pinang. Tak excited mana pun sebab dah banyak kali lalu situ xD. Then ayah cakap nak pergi Bukit Bendera. Okey, tengok bukit ke? --' Bosannyaaaa. On the way nak pergi Bukit Bendera tu Diyana perhatikan sepanjang jalan tu banyak kedai makan cina je. Oh God! And tiba-tiba jemmm... Aii, banyak pulak kereta dekat tempat macam ni. Krikkrik Krikrik.  Semua senyap. Like this-wonder girl, Diyana pun bukak lagu ni. "Haa, nampak tak ada bangunan dekat atas bukit tu. Tu lah Bukit Bendera," ayah memecahkan kesunyian. Diyana pun oh je. Kata ayah lagi, "Ada cable train dekat situ." And oh again. Bila dah nak sampai "Eh, ada keretapi lah. Keretapi tu naik atas ke?" Hahaha, lambat lah Diyana ni. "Ha'a keretapi tu naik," mak cakap. Wahhhh hebat nya, train tu naik atas lah! Time tu baru lah excited. Nak naik, nak naik! Mak cakap masa kitorang kecik-kecik dulu kita pernah pergi situ. Masa tu masing-masing pegang botol susu. Disebabkan masing-masing masih minum susu, dengan bakul-bakul susu sekali mak bawak naik. Hahaha, semangat nya. Untuk anak tersayang.
. . .
Banyak kereta, susah lah nak dapat parking. So ayah turunkan kitorang dekat Bukit Bendera tu. Panjangnyaaa... Barisan orang nak beli tiket. Kakak pun beratur untuk beli tiket sambil tunggu ayah sampai. Diyana, mak dan adik pergi jalan-jalan dekat kedai. "Eh, comelnya key chain ni." Teringat dekat Azrul. Ingat nak beli untuk dia. Dah pilih dah. Tengok harga *RM 10* Perrghhh! Benda kecik je, kau gila apa. Belek sini belek sana "Cantik" sambil senyum dekat pekedai. Gantung balik. Hahaha, hebat bukan? "Mak, cantik lah topi ni." Nak bodek mak sebenar nya. "Cantik, tapi topi tu je pun dah RM 30." Tapi kan, Diyana dapat jugak topi tu. Comel tahu. Ayah sampai, kakak bila tiket apa semua siap. Jom naik atas! "Cepat cepat keretapi dah sampai," RELA memekak. Bruuummmm, laju je kitorang naik train. Train tu condong, sangat menarik! 

Tu lah topi yang Diyana cakap tu. Comel :D


Dalam 15 minit, Diyana pun sampai dekat puncak Bukit Bendera. Ni lah gambar Pulau Pinang dari puncak tu. Jalan punya jalan, jumpa pulak sebuah gerabak keretapi lama. Fuahh, antic gila oww. Senget jugak, sama macam keretapi baru. Snap sini, snap sana. Then ayah ajak minum dekat Cliff Cafe. Diyana tak makan pun sebab baru je lepas makan Nasi Ayam dekat Kulim. Burrpp, alhamdulillah masa tu masih kenyang lagi. Mak beli laksa and nugget, sosej segala macam sepinggan. Ayah pulak beli fish ball rebus. Diyana makan sosej segigit and rasa kuah laksa sesudu. Hehehe. That's why lah I sekeping je kan x.x 

Tengok tengok, ni lah gerabak keretapi lama. Senget kan? Senget ke condong --'

Baru habis makan :)

1 Malaysia

Lepas tu ayah ajak naik lagi atas, tapi tak tahu ada apa kan. Diyana pun ajak lah pergi kawasan rumah-rumah orang kaya. Cantik cantik rumah nya. Ada yang dijadikan muzium. Yelah, takkan nak duduk dekat atas Bukit nun kan, sekali sekala takpelah. Salah sebuah rumah yang ada dekat situ ialah rumah orang kedua terkaya di Malaysia. Rumah-rumah dekat situ kebanyakannya ala-ala rumah orang putih. Tapi ada lah sebuah ni memang klasik habis. Suka tengok. Mula lah berangan kan? Hehehe. Dalam perjalanan tu jugak, kitorang jumpa tempat pos yang tertua and titi gantung yang dah uzur. Titi gantung tu dah ditutup sebab dah rosak. Katanya nak buat yang baru. 

Jalannya kecik je. Kalau berselisih dekat dengan gaung memang seram.

Tak boleh nak upload semua :(

 Tengok benda merah tu je. Abaikan Diyana yang entah posing macam mana. Lagi-lagi part tangan tu haa, hahaha. Macam macam -.-

Macam menarik je titi ni. Mesti best kalau boleh naik.

Elok sampai dekat hujung jalan, hujan pun turun. Tapi tak lebat pun. Nasib lah kan. Time tu memang sejuk habis. And kabus tebal gila. Boleh buat selimut. Memang tak nampak jalan, main redah je. Risau jugak. Lepas dah sampai dekat dataran, kitorang pun cepat-cepat pergi bawah khemah tunggu giliran untuk turun. Alhamdulillah lepas lebih kurang setengah jam kitorang sampai dekat bawah :) Perut pun mula berkeroncong. Berkeroncong? What is that? Hahaha. Lapar, saya lapar. Then ayah bawak kitorang makan-makan dekat Kota Lama. Kalau pergi Pulau Pinang mesti wajib pergi situ. Makan-makan :)

Perut pun dah kenyang, penuh dengan pasembur yang menggunung. Kitorang pun balik lah kan. Time balik kitorang naik feri pulak. Hehehe. Memang lama tunggu giliran untuk naik, tapi kitorang tunggu takde lah lama sangat. Sebab apa? Haa, ayah Diyana main potong potong potong sajaaaa. Wuhuuu xD Bila feri dah jalan, tiba-tiba ada bunga api dekat Kota Lama. Wahhh, cantiknya. Semua serebu nak tengok --' 

See, bunga api tu. Tengok bunga api je tau :D

Okey, sampai sini je cerita Diyana untuk kali ni. Panjang tak cerita nya? Hahaha. Orait, tata titi tutuuu. Ending dia? Tu lah tu, tengok bunga api. Ngeh ngehh.

Friday, December 21, 2012

Bumi semakin Tua

Assalamualaikum. 
 Hee, rajin pulak Diyana update blog hari ni kan? Maklum lah, dah lama tak update blog ni.

Semenjak dua tiga menjak ni, boleh dikatakan kerap jugak lah ada je dengar orang meninggal. Kalau tak silap awal tahun 2012, ayah kawan Diyana telah kembali ke Rahmatullah. Saat pertama kali mendengar berita buruk tu, 'Kenapa terlalu awal? Kesiannya kawan aku.' Keluh hati ini. 'Macam mana pulak dengan aku, berapa lama lagi aku akan bersama dengan ayah dan ibu ku?' Ya Allah, kau panjangkan lah umur kedua-dua orang tua ku :'( Aku masih belum bersedia.

Orang tua tersayang <3

Dengan mak dan kakak. Love them <3

Sabtu lalu, tiba-tiba je Diyana teringat dekat kawan sekolah rendah. Handsome, baik orangnya. Ingat besar nanti boleh lah jumpa dia, kononnya reunion. Tapi esok hari Diyana dimaklumkan yang arwah telah meninggal dunia sebab accident motor. Subhanallah. Sebab tu ke aku asyik teringatkan dia. Arwah tak sempat pun ambil result PMR. Lebih kurang 4 hari je lagi result nak keluar. Bayangkan betapa sedihnya family arwah. Ya Allah, berapa lama lagi aku dapat menghirup oksigen dan menghembuskan karbon dioksida? Macam mana ini, macam mana itu. Istighfar Diyana. 'Ya ALLAH, panjangkan lah umur ku. Panjangkan lah umur bumi ini.' -Amin, Ya rabb-


Ingat lah berapa banyak dosa dan berapa banyak pahala yang telah kita lakukan. Pesan untuk Diyana sendiri dan tuan yang sedang membaca :)

Excited sangat!

Assalamualaikum :)
 Nak tahu apa yang Diyana excited-kan?

Haa actually cuti ni Diyana duduk KL. Maklumlah, my parents masih belajar. So, kalau cuti je Diyana kena ikut parents pergi KL. Bosan sebenarnya duduk dekat sana. Kerjanya online je. Tapi disebabkan online jugaklah Diyana dapat tahu result PMR keluar 191212. Lepas tahu je Diyana pun kelam kabut mintak balik Ipoh.  Alhamdulillah, nasib lah parents memahami. Mana taknya mak dah nampak masa Diyana tengah try-try pakai baju kurung, yang kononnya nak pakai masa ambik result lah. Hahaa, berangan lagi >.< Hmm kesian jugak dekat parents nak kena bawak Diyana pergi beli tiket bas, lepas tu tunggu Diyana naik bas yang sepatutnya mereka study masa tu. #Final exam. Tapi nak buat macam mana, Diyana excited sangat nak ambik result. Sorry mak ayah kalau yana menyusahkan. :/


Bas Transnasional je. Dalam bas bosan gila duduk sorang-sorang. Depan belakang pulak lelaki je semua. Errr -.- Diyana pun main game je lah, tak tahu nak buat apa dah. Masa sibuk main game tu tiba-tiba bas berhenti. Lepas tu driver bas keluar. Eh, ni dah kenapa ni. Risau masa tu. Dalam hati berharap 'Janganlah jadi apa-apa. Permudahkan perjalanan ku.' Pssssssss... nyilu dengar bunyi tu, tak suka! Lepas lebih kurang 15 minit ada bas Plusliner berhenti depan bas. And kitorang diminta naik bas Plusliner tu sebab tayar bas yang Diyana naik tu pancit. Hmm memang betul lah tekaan Diyana. Kitorang pun angkatlah barang masing-masing. Memandangkan aras bawah dah penuh, kitorang pun cari tempat duduk yang kosong dekat aras atas. Sesudah melabuhkan p******g atas kerusi, suara hati bicara 'Wuuuuu, selesanyaaa. Weeeee' Terasa seperti sedang baring atas tambunan bunga ros merah :) Dan secara tak perasan terukir sedikit senyuman. Hehehe. Memang kalau dah terlampau happy, itu lah yang jadi. Alhamdulillah seperti yang dijangka Diyana sampai dekat Medan Gopeng, Ipoh waktu maghrib.
. . .
191212-Rabu.

Tepat pukul 6.45 a.m. alarm bunyi. Hmm, hari ni ambik result. 'Ya Allah berikan lah aku keputusan yang cemerlang dan dapat membuat ibu bapa ku tersenyum.' Bangun dan terus pergi tandas cuci muka, gosok gigi dan ambik wuduk. Alhamdulillah selesai sudah dua rakaat solat subuh and dua rakaat solat hajat :) 
. . .
Dari pukul 9 Diyana bersiap, harap pukul 10 dah boleh gerak pergi sekolah. Sebelum bersiap sempat Diyana kejutkan Along sebab Along yang hantar Diyana. Tapi lepas sejam Diyana bersiap rupanya Along masih tidur. Tak sampailah hajat nak sampai awal dekat sekola. 


Haa, tu lah baju bertuah yang Diyana pilih. Cantikkan baju ni. Cadangnya nak bawak tab pergi sekolah boleh lah bergambar, tapi tangan dah penuh. Tak nak bawak beg, beria sangat. So tab di tinggalkan. Sampai je dekat pintu pagar Diyana pun langkah masuk dengan bismillah and jugak senyuman riang sedikit gementar. Orang pertama yang Diyana nampak masa dekat dewan terbuka nak tahu siapa? jeng jeng jeng TARAAAA . . . parents Azrul! Teringat pesan dia 'nanti tegurlah mama kalau nampak parents Azrul.' Yelah tu, mau tergagap-gagap kalau nak tegur. Hahaa. 'Okey, Diyana cepat ambik result kau.' Dupdapdupdap. Sampai je depan barisan 3 Budiman, apa yang Diyana buat hanya senyum dekat Cik Noriza. "Tahniah Fadhliatul, kamu lulus semua subjek." Alhamdulillah. Hmm, alangkah gembiranya kalau ayat cikgu macam ni "Tahniah Fadhliatul, kamu dapat straight A's." Tentu nya Diyana peluk cium semua cikgu. Tapi apa pun, Diyana tetap bersyukur dengan keputusan 4A 3B 1C. Actually memang Diyana target 4A je. Hmm hmm, ruginya. Kalau target tinggi lagi mungkin boleh dapat. Apa pun Diyana happy sangat dapat capai sasaran :D Sampai terkoyak slip. Tu lah lompat-lompat lagi. Hahaha.

Panas masa ni, tu yang masing-masing beli air kotak. 

Nampak tak, slip Diyana koyak.  

Tudung bulat sebab angin, hehh!

Saya pun nak ada gambar sorang-sorang. Peace (Y)

Orait, habis dah cerita. Banyak betul pengalaman and kenangan dalam dua hari ni. Untuk pengetahuan, Diyana mohon KV Sg. Buloh and Diyana ambik aliran akaun. Harap dapatlah sekola situ :) 
-Amin-